|
| LATAR BELAKANG | ||||||||||||
Urusan jadual waktu sekolah adalah suatu kerja dan tanggungjawab yang berat dan rumit. Setiap kali perubahan jadual waktu dibuat memerlukan tenaga kerja dan masa yang banyak supaya kehendak setiap pihak dipenuhi walaupun bukan 100%. Masa dan tumpuan kerja sedikit sebanyak akan membebankan seseorang guru, guru kanan, penolong kanan pentadbir, guru besar atau pengetua termasuk juga pihak PPD, JPN dan KPM sehingga masa bersama keluarga juga terpengaruh. Perbincangan semasa menyusun jadual waktu sekolah di sekolah atau dibuat pada masa lain adalah perkara biasa. Penyelarasan masa ini biasanya akan memanjangkan tempoh untuk menyiapkan jadual waktu sekolah yang perlu dibuat dalam masa yang singkat. Kekangan satu perisian atau penyuntingan jadual waktu pada satu komputer, laptop, dekstop atau peranti menjadikan bantuan rakan sekerja atau dari mana-mana pihak adalah mustahil terutama dari segi jarak. Jadual ganti atau relif terpaksa disusun sementara jadual waktu baharu siap untuk dimulakan. Runggutan dan tekanan kerja menjadi kebiasaan apabila masalah berlarutan. Dorongan sendiri makin meningkat tetapi kekangan penggunaan dan sebab tertentu masih lagi kekal. Kebuntuan penyelesaian terpaksa ditanggung dan sukar dirasai dan difahami orang. |
||||||||||||